Islamic Widget

terima kasih kerana sudi melawat blog saya ini....blog ini dihasilkan adalah untuk tujan berkongsi cerita-cerita yang dapat memberi kita seribu pengajaran di dalam menempuh hidup ini.....walaupun ianya hanya sekadar nukilan atau pun rekaan semata-mata, tetapi pengajaran yang dapat kita perolehi dari kisah-kisah ini boleh dijadikan iktibar di dalam kehidupan seharian kita.....sekian..

Sunday, October 31, 2010

KEMPEN TAK NAK MEROKOK

ketika sibuk melayari internet, saya terjumpa dengan satu video yang berjaya mencuit hati saya. video ini dihasilkan untuk kempen TAK NAK MEROKOK. video ini saya tidak pasti sumbernya, tetapi ianya mungkin salah satu cara yang terbaik untuk mengurangkan jumlah perokok di negara kita.... mari sama-sama kita saksikan video ini....


amacam??sempoi tak kempen nie???????

Saturday, October 30, 2010

GAMBAR MODEL BUKAN ELEKTRONIK

Assalamualaikum...
ini merupakan model bukan elektronik yang saya hasilkan. Ianya diberi nama 'model gambarajah timbul'. Model ini dihasilkan untuk digunakan ketika pengajaran sebagai bahan bantu mengajar (BBM) untuk pelajar buta. Untuk menghasilkan model ini, penggunaan bahan / metarial yang berbeza tekstur perlu digunakan. Ianya adalah bertujuan untuk memudahkan pelajar-pelajar bermasalah penglihatan untuk mendiskriminasikan gambarajah yang ditimbulkan.






Sunday, October 24, 2010

VIDEO PENGHASILAN MODEL (KUIZ BERODA)

assalamualikum w.b.t.
syukur kita kehadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya maka kami dapat menghasilkan video yang tidak seberapa ini. Jutaan terima kasih kepada pensyarah kami iaitu Mejar Mohd Jasmy bin Abd Rahman kerana telah memberi komen membina serta idea untuk menjadikan video ini lebih unik dan menarik ditonton. namun, hasil bagi video ini tidaklah seberapa kerana kami masih kekurangan alatan dan juga kemahiran untuk menghasilkannya. ini sahaja yang termampu kami lakukan. seandainya terdapat komen atau pandangan mengenai video ini amatlah dialu-alukan supaya ianya dapat dibaiki untuk kebaikan bersama......





antara teknik-teknik yang digunakan di dalam video ini adalah :

1) video
2) audio
3) rakaman suara
4) gambar statik
5) motion picture
6) overlay
7) teks
8) transition
 
untuk menghasilkan video ini, kami menggunakan perisian ulead video studio 11. sekian sahaja, semoga terhibur menyaksikan tayangan video ini.wassalam....

Saturday, October 23, 2010

VIDEO BERKAITAN TEKNOLOGI

AMAZING TRICK SHOT.



 BIONIK LEG.

COMPACT CAR

HONDA ACCORD


JAPAN TECHNOLOGI


MICROSOFT NEXT TECHNOLOGY



ROBOTIC



TOUCH SCREEN MENU



DEVICE FOR THE BLIND


GLIDE CYCLE

GAMBAR BERTEKNOLOGI DAN BERINOVASI


1.      PARAGOLFER
Kehidupan merupakan sesuatu yang mencabar bagi insan yang kurang upaya. Tetapi, apa yang membuatkan saya berasa teruja ialah bagaimana mereka menempuh dugaan yang diterima ini tanpa membataskan kegiatan seharian mereka. Dengan berbantukan teknologi, pelbagai alat bantuan dapat dicipta untuk memudahkan pergerakan mereka. Maka dengan itu, terciptalah sebuah alat yang diberi nama “paragolfer”. Alat ini merupakan alat bantuan kepada orang kurang upaya (OKU) untuk bermain golf. Paragolfer merupakan sebuah buggy tiga roda yang yang mempunyai tempat duduk untuk membantu pemain dari posisi duduk ke posisi berdiri. Tempat duduk yang dicipta berkenaan mempunyai ‘chin’ dan ‘waste belt’ untuk tujuan menyokong keseimbangan para pemain ketika menggunakannya. Paragolfer ini juga telah dibina mengikut kesesuaian penggunaannya samada untuk digunakan pada perangkap pasir, rumput panjang, dan di mana sahaja tempat bola itu jatuh. Binaan ini juga tidak akan merosakkan rumput di padang golf kerana ia telah dicipta dengan bentuk yang lembut pada permukaan rumput. Dengan itu, pemain golf kurang upaya akan dapat mencuba permainan golf dengan berbantukan alat paragolfer ini.

 
1.      GLIDE CYCLE
 A
Ini merupakan sesuatu ciptaan yang membanggakan saya. Glide cycle ini merupakan sebuah alat bantuan untuk individu yang mengalami kecederaan pada bahagian kaki atau pun pada individu yang mengakami kurang upaya. Ianya digunakan untuk membantu individu-individu ini melakukan aktiviti senaman. Konsep binaan dan penggunaan alat ini adalah hampir sama seperti binaan dan penggunaan sebuah basikal. Apa yang berbeza hanyalah glide cycle ini digerakkan dengan menggunakan kaki penggunanya sendiri. Untuk memudahkan penggunanya lagi, alat ini mempunyai satu bahagian yang di reka khas untuk menampung berat badan mereka. Maka dengan itu, penggunanya berupaya menggunakan kaki mereka untuk menggerakkan glide cycle ini. Harga untuk sesebuah glide cycle ini adalah sekitar $1649. Bersama ini saya sertakan video cara penggunaan glide cycle pada tugasan vdeo saya nanti.

 
1.      WALKING ASSIST DEVICE FROM HONDA
Honda kebiasaannya lebih dikenali de dalam bidang permotoran. Tetapi, syarikat ini juga telah Berjaya menghasilkan produk yang berlainan selain dari kereta dan motosikal. Kini, Honda telah mencipta robot asimo yang boleh bergerak dengan sendirinya. Honda juga menggunakan teknologi robotiknya untuk menghasilkan peralatan-peralatan lain. Seperti alatan ini, Honda telah menghasilkan alat bantuan untuk  berjalan bagi individu yang mengalami masalah pada bahagian pinggang dan kaki. Ianya juga sesuai untuk digunakan oleh orang tua yang tidak dapat bergerak degan sempurna.  Dengan bantuan alat ini, ianya akan menyokong pada bahagian belakang pengguna dan pada masa yang sama, terdapat DC motor yang dikuasakan oleh litium ion bateri untuk membantu pergerakan penggunanya. Ketahanan bateri ini adalah untuk digunakan selama dua jam untuk sekali cas.
S     
       NAP TV
       NapTV merupakan sebuah bangku yang memunyai skrin rata bada bahagian bawahnya. Ianya dibina sebagai dwifungsi iaitu untuk dijadikan sebagai tempat duduk dan juga untuk menonton kartoon atau rancangan yang diminati. Binaan naptv ini masih belum dibina kerana ianya masih lagi merupakan satu konsep.  Perekanya iaitu Sung-Kyu Nam seharusnya mempercepatkan pembinaan alatan ini kerana ianya sangat sesuai untuk digunakan oleh pelajar pendidikan khas seperti autism, disleksia, down sindrom, hiper aktif dan lain-lain lagi. Dengan adanya nap tv ini, maka pengajaran dapat dilakukan dengan berbagai posisi kerana ianya akan dapat menarik minat pelajar berkenaan untuk terus belajar.

     
      K-SONAR
    

K-sonar merupakan sensor spatial yang menggunakan ‘ultrasonic echolotion bio’ yang merupakan ciptaan ‘acoustic KASPA technologi’ untuk digunakan oleh orang buta untuk mengetahui halangan yang terdapat di hadapan mereka. Kaedah ini dipanggil ‘sonocular percepton’. Dengan menggunakan alatan ini, pengguna akan dapat membayangkan keadaan yang terdapat disekelilingnya. Tidak kiralah sama ada alat ini digunakan secara berasingan atau ianya dipasangkan pada tongkat orang buta kerasa fungsinya adalah sama iaitu untuk membantu orang buta bagi mendapatkan pengalaman dan membantu untuk meningkatkan lagi pengsangan halangan yang terdapat di depan mereka.  Dengan menggunakan bantuan k sonar, pengguna akan dapat mengetahui apa jarak halangan dengan lebih tepat. Alat ini boleh mengesan jarak sejauh 20 kaki untuk mengesan objek atau halangan yang terdapat di hadapan penggunanya.